[TAKUT]
Perasaan hari ni bercampur baur. Semalam punyalah semangat lepas sertai kursus Magnet Usahawan Dr Azizan. Tapi separuh hari awal rasa macam-macam.
Ye lah, nak buat bisnes apa, nak jual produk apa.
Lagi-lagi skroll fb melihat berbagai berita kawan-kawan, ada yang pergi melancong, ada yang dah kerja, ada yang buat bisnes meletop letop. Huhu.
Maka, perasaan takut mula menerpa. Haaaa...habislahhhhh
Takut akan masa hadapan. Takut bermacam - macam perkara. Takut orang tak beli #mamapopia yang sedap sangat tu. Takut orang tak nak cuba ubat gigi #tiinnergy yang dijamin halal tu. Takut orang kata tu, takut orang kata ni....
Semua benda nak takut.
Sebenarnya Takut ni lah penghalang kejayaan seseorang.
Salah satu fungsi utama syaitan ialah menanamkan perasaan takut dan gentar dalam hati manusia. Ini termasuk takut tentang masa hadapan.
Perasaan takut ini akan menyebabkan timbulnya perasaan negatif lain seperti berputus asa, buruk sangka dengan Allah, buruk sangka terhadap orang lain.
Dasyat benar takut ni.
Jadi janganlah takut wahai diri ini dan sahabat lain yang mungkin ada juga rasa seperti ini.
Jadi janganlah takut wahai diri ini dan sahabat lain yang mungkin ada juga rasa seperti ini.
Kerana jika kita ada masa untuk takut. Sebenarnya kita ada masa untuk berdoa.
(Takut kpd Allah adalah satu bidang perbahasan lain ye. )
(Takut kpd Allah adalah satu bidang perbahasan lain ye. )
Yakinlah dengan Allah. Terus positif. Doa dan usaha.
"Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedeqah dan menderma ) dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan keji; sedang Allah menjanjikan kamu dengan keampunan dariNya serta kelebihan kurniaNya, lagi segala meliputi pengetahuanNya.
InshaAllah saya yakin ramai sebenarnya nak cuba #mamapopia super sedap dan nak guna produk #tiinnergy kannnnnn.. aamiinn.



