Wednesday, December 9, 2015

Bisnes Cara Kami

[Perkongsian Panjang ] Disarankan untuk baca sehingga habis :)

"Seminar Bisnes Cara Kami " Kak Fel Felinna Nadea Ed Fattah dan Tuan Rafie Ramli

Ini adalah sekadar perkongsian pemahaman yang saya perolehi sepanjang seminar berlangsung. Semoga bermanfaat :)

Bismillah.
"Siapa Bos kita yang sebenar? "
----------------
Slot Tuan Rafie 
-----------------

1- Positif dan sucikan jiwa! -Tuan Rafie memulakan sesi pertama mengajak semua hadirin untuk positifkan diri dan sucikan jiwa. Kerana tak mahu sekecil dosa 'rasa hebat' menjadi penghalang ilmu masuk ke hati. 

2- Cari Mentor atau orang yang dah berjaya- Cari siapa figur yang kita nak jadi macam dan bidang apa yang kita nak fokus, korek post-post lama mereka di fb atau blog, dan ikut mana yang boleh. Ini apa yang mereka buat pada saat mereka memulakan  bisnes online. 

3- Fokus- kalau produk kita pelbagai guna, tetaplah fokus pada satu tujuan. Ini kisah tentang Losyen Inchloss. Walaupun mempunyai berbagai khasiat dan kegunaan, mereka berdua tetap fokus pada satu tujuan, iaitu produk kuruskan badan. dan ternyata Alhamdulillah, berhasil. 

4- Buku Mudahnya menjemput rezeki- Tuan Rafie sangat sangat menggalakan hadirin untuk baca dan hadamkan buku ini. Buku yang ditulis oleh Ustaz Fathuri.
---------------
Slot Kak Fel 
----------------
Kak Fel mulakan dengan doa indah dan zikir Hasbi Rabbi yang membuatkan hati saya cukup tersentuh. 

1- Konsep Rezeki 
+ perlu kita fahami
+Kita kena pandai jaga. 
+Rezeki adalah sesuatu yang telah dijamin
+Rezeki tidak hadir pada orang yang tidak bersyukur

2- Rezeki yang Berkat
+ Rezeki yang paling BESTadalah rezeki yang berkat
+Apa itu rezeki berkat? " sedikit cukup, banyak boleh diagihkan "

3- Tanda Rezeki tak berkat 
+Duit banyak tapi cepat habis
+Buat kerja tak siap
+Buat sesuatu tapi tak dapat manfaat'
+Masa habis dengan  sia-sia 

"Kalau ada apa-apa yang buruk atau tak best berlaku, cepat-cepat refleks pada diri, istigfar sepenuh hati, jangan salahkan orang lain.

4- Selawat Murah Rezeki 
(Masa ni paling best bagi saya, menitis air mata, semua mengalunkan selawat murah rezeki ini. sangat cantik susunan kata-katanya. )

https://www.youtube.com/watch?v=iYxgkmMXYZw
https://www.youtube.com/watch?v=APjg5M8ZU-I

Boleh rujuk link diatas dan jom sama amalkan ye. 
Kata Kak Fel, "Kita nak rezeki yang luas, dan rezeki yang dapat membaikkan akhlak kita. "

5- Konsep Redha
Kita kena belajar redha ....sebab dalam bisnes kita pasti akan menghadapi
-Customer dicuri
-Gambar testimoni dicuri
-Main harga
-Ditipu/disakiti

+Allah datangkan mereka ni, hanya sebab nak uji kita, nak bersihkan rezeki kita, berbalik pada diri, muhasabah salah diri.

+Sebelum tidur, cuba redha dan maafkan mereka, kerana peniaga yang jiwanya bersih menarik rezeki masuk setiap masa. 
--------------------
Slot Tuan Rafie
-------------------
1-Kisah Kejayaan 4 orang insan.
Shafiq Yaakob, Nizam Rozali, Roslan Rosli, Ridzwan Ramli 
2-Kisah Caliph Kids Expert 
( ni saya tak type, sebab seronok dengar Tuan Rafie bercerita. maaf ye. )

------------------
Slot Kak Fel
-------------------
1- Kak Fel ajak semua untuk sama-sama hayati dan bernasyid Fatamorgana oleh Hijjaz. kak Fel tekankan yang menajdi musuh dan penghalang utama kejayaan kita adalah syaitan di dalam diri kita. 

"Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama"

2- Fahami roda kehidupan.
" Kitaran roda hidup sama seperti kitaran roda perniagaan. Kita hanya perlu terus berjalan dan berpusing di roda. Masa kejayaan tiba tiada siapa tahu melainkan Dia" 

3- Solat itu tiang, kena jaga. Asas agama kita kena kuat. dan hasilnya jiwa kita akan kuat. 

4- Dan sesi ditutup dengan setiap peserta perlu menulis 3 kesilapan terbesar yang dilakukan dan 3 cara kita nak atasinya. 

.............
Itu sahaja, maafkan saya sebab banyak lagi yang kurang. Kak Fel dan Tuan rafie banyak berkongsi kisah jatuh bangun mereka. dan kisah itu tidak dapat saya tuliskan disini, sebab nanti lagi panjang, sampai boleh buat buku rasanya. Jadi pastikan anda dapatkan buku "Bisnes cara Kami" oleh mereka. :)

Regards, 
Nafisah, 
Pakar Penasihat Makanan Sunnah Anda (to be InshaAllah)
#feesafoodhouse

Wednesday, November 4, 2015

#MMMOKT2015 The Declaration

I am a marketing genius

I am an industry millionaire

I am a market leader

I promote my produk or services aggressively

I love to share with others

I share my gift and talents

I add more value to other people's lives

I use multiple marketing strategies to get rich

I influence people constantly

I am getting richer being a great marketer

I am inspiration to others

Tuesday, November 3, 2015

10 Kesilapan Biasa di dalam Perniagaan ( Nota #MMMOKT2015 )

1. Mulakan bisnes dengan modal yang terlalu besar.

2. Keluarkan produk sendiri.

3. Sewa kedai yang mahal.

4. Berniaga dengan adik beradik / suami isteri. ( Kena ada Ilmu kalau nak amalkan ini, agar bisnes tetap professional )

5. Membuat pinjaman bank.

6. Buat macam- macam bisnes. Tak fokus.

7. Guna akaun bank sendiri. Bercampur dengan duit peribadi.

8. Tiada akaun bank syarikat.

9. Duit company duit aku, duit aku, duit aku.

10. Bagi hutang pada orang lain. Bila masa pula kita ni jadi bank?

Monday, August 17, 2015

aku takut?

[TAKUT]
Perasaan hari ni bercampur baur. Semalam punyalah semangat lepas sertai kursus Magnet Usahawan Dr Azizan. Tapi separuh hari awal rasa macam-macam.
Ye lah, nak buat bisnes apa, nak jual produk apa.
Lagi-lagi skroll fb melihat berbagai berita kawan-kawan, ada yang pergi melancong, ada yang dah kerja, ada yang buat bisnes meletop letop. Huhu.
Maka, perasaan takut mula menerpa. Haaaa...habislahhhhh
Takut akan masa hadapan. Takut bermacam - macam perkara. Takut orang tak beli ‪#‎mamapopia‬ yang sedap sangat tu. Takut orang tak nak cuba ubat gigi ‪#‎tiinnergy‬ yang dijamin halal tu. Takut orang kata tu, takut orang kata ni....
Semua benda nak takut.
Sebenarnya Takut ni lah penghalang kejayaan seseorang.
Salah satu fungsi utama syaitan ialah menanamkan perasaan takut dan gentar dalam hati manusia. Ini termasuk takut tentang masa hadapan.
Perasaan takut ini akan menyebabkan timbulnya perasaan negatif lain seperti berputus asa, buruk sangka dengan Allah, buruk sangka terhadap orang lain.
Dasyat benar takut ni.
Jadi janganlah takut wahai diri ini dan sahabat lain yang mungkin ada juga rasa seperti ini.
Kerana jika kita ada masa untuk takut. Sebenarnya kita ada masa untuk berdoa.
(Takut kpd Allah adalah satu bidang perbahasan lain ye. )
Yakinlah dengan Allah. Terus positif. Doa dan usaha.
"Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedeqah dan menderma ) dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan keji; sedang Allah menjanjikan kamu dengan keampunan dariNya serta kelebihan kurniaNya, lagi segala meliputi pengetahuanNya.
InshaAllah saya yakin ramai sebenarnya nak cuba #mamapopia super sedap dan nak guna produk #tiinnergy kannnnnn.. aamiinn.

Monday, August 10, 2015

Ubat Gigi Tiinnergy Temerloh

Sesiapa yang berada di Temerloh nak cuba Ubat Gigi Tiinnergy yang best sangat ni boleh hubungi Cik Dhuha ye. Cash On Delivery di area Temerloh yang damai ni. Ecewah.

Ok boleh whatapps cik Dhuha
Dengan mention Ubat Gigi Tiinnergy Temerloh.
Nanti Cik Dhuha reply ye.

Daaaa Assalamualaikum


Nak Hubungi Cik Dhuha?

Assalamualaikum semua.

Kalau ada apa-apa pertanyaan tentang produk yang best-best yang Cik Dhuha share tu boleh lah
whatapps Cik Dhuha 0133069531
Mention kod >>  Tanya Dhuha
Insyaallah pertanyaan korang  anda akan dilayan ;)

Juga boleh pm facebook rasmi cik Dhuha
>> Diamond Dhuha
Ni gambar hadiah2 daripada kawan2 Cik Dhuha yang sangat Cik Dhuha sayang. 

Zaitun Syifa yang best sesangattttt

Assalamualaikum wbt semua...
Cik Dhuha nak cerita tentang satu produk ni. Pertama kali Cik Dhuha guna, rasa jatuh hati. Hati jatuh bergolek.  Ahahha. Tak, itu gurau.

Jatuh hati dengan produk ni sebab bau dia wangi herba, dan dia minyak zaitun untuk sapu, ye lah orang2 perempuan memang suka sapu menyapu dekat kulit. So bila cik Dhuha guna ni terus boleh ganti penggunaan losyen. Ye lah losyen tu kan bahan kimia. Kadang ada bahan yang tak sesuai untuk kulit kita.

Minyak zaitun shifa ni best sebab dia minyak zaitun.  Sooo natural. Aum aum. Huhu. Ekzaited betul.

lagi yang bestnya botol ni senang sangat nak bawa ke mana2, kecil molek comel, cuma kena hati-hati sebab ia kaca. Tapi Cik Dhuha punya dah beberapa kali jatuh tak pecah. Boleh jadi senjata. Haha. Kalau ade orang serang ke apa ke.

Dan design botol ni so user friendly, picit je, tak perlu nak tuang-tuang nanti tumpah pula. Huhu.

Ok tu je lah nak share.

Bytheway Cik dah guna, alhamdulillah sangat berkesan untuk kulit sensitif dan rambut gugur. Lagi khasiat boleh lah baca info kat gambar tu.

Daaa... tata, Assalamualaikum.